Dear haters,

Haters, ada apa dengan haters?

“Haters only hate things they can’t have and the people they can’t be” 



     Pernah tak rasa dibenci ? Dimaki? Diumpat? Huaahuaa, mestilah pernah kan? Itulah yang aku atau kitaorang rasa sekarang, sakit woo. Dibenci tanpa punca, oh no. Aku dibenci tanpa tahu apa salah aku. Erghh, u know that feeling?  Mental habis, bila fikir pasal haters ni. Apa benda yang tak puas hati tu tak tahu lah.  Pasal meja makan dalam dewan makan pun nak masam muka, 3 kali weh aku kena! First, kena dengan “segerombolan” hamba Allah ni. Sanggup berdiri belakang kitaorang, tengok kitaorang makan dengan muka yang macam, uhh. *WardenPenjara mungkin. Second, masa tu baru lepas beratur ambik makanan. Meja yang kitaorang selalu makan kat situ penuh, duduk lah tempat KOSONG. Baru nak suap, ada suara sumbang mambang kata “Aku, benci betullah bila ada orang duduk tempat aku”. -..-“ Dengar je, terus takde selera. Patah. Hancur remuk hati. *Nak nangis sebenarnya, dah lah lapar. Yang ketiga, pun lebih kurang. Kata “serabutlah” apalah. Macam-macam.

     Dan ada satu hari tu tengah berjalan nak ke makmal kot. Nampak lah “akak” (nama samaran utk diaorang). Menyampah rasa nak lalu dan tengok muka diaorang. Cantik tu cantik, tapi kalau luaran je cantik. Dalaman busuk, berkulat, bernanah, berkudis tak guna jugak kan. Kalau boleh aku sanggup nak tawaf satu sekolah dari tengok muka diaorang. Biar tak terserempak. Senang. Hati pun tenang.   Hmm, nak dijadikan cerita kitaorang pun lalu lah. Masa tu ramai orang. Kitaorang lalu lah tengah diantara akak dan manusia yang tengah berkerumun tu. Dan kau tahu apa dia buat? Dia jerit emm tak bukan jerit. Cuma bercakap dengan nada yang kuat macam bercakap dengan orang pekak. Dia kata “Haaa, ni lah set set tak guna tu”. Siap tunjuk derrr, masa tu aku dengan kawan aku 2 orang je nampak dan dengar. Apalagi menyalak ahh, dia (kawan aku). Aku cumaa melepas kan geram sesama gang je. Tak berani nak menyalak. Belakang berani lah. Aku champion. Lololololl. Rasa nya semua yang tak kenal aku akan kata aku ni pendiam dan sombong mayb. Tapi realiti, hanya Allah&mereka jaa yang tahu. Hahaha. *Senyum jahat

     Kekadang tu tak faham dengan manusia-manusia macam ni. Manusia yang tak pernah nak berfikiran matang walaupun umur dah meningkat. Cuma tinggi je tak meningkat. Wakakaka! Hmm, tahun depan tak tahulah jadi apa pulak. Dapat pulak tinggal satu kolej. Hambekk kau. Migrain botingkek-tingkek ah :X Harap-harap tahun depan baik-baik je. Kau kena tahu satu hal yang kitaorang ni dah lama bersabar, luka yang kecil pun boleh jadi nanah, jangan sampai jadi barah sudah. Macam tu lah jugak kitaorang. Respect each other kan senang, tak payah nak bajet taiko & hardcore sangat. Kita manusia ni semuanya sama je. Kau kena ingat “setinggi mana pun kita dekat mata manusia, kita tetap kerdil disisi Allah. Jangan pernah bersikap riak kerana hamba Allah semuanya sama”.

P/s : “Life is too short, to waste time hating anyone”.

PP Youth stall

PP youth stall? Apakah? Actually,tu nama gerai kitaorang budak pengurusan perniagaan a.k.a "PP".Okay,nak dijadikan cerita sempena hari sukan hari tu kitaorang bukak gerai.Sambil meniaga tu kitaorang dapat juga pengalaman+ilmu tentang perniagaan ni.About how to manage sesuatu perniagaan tu,walaupun cuma gerai je,tak MUDAH!Haha.

See?muka-muka excited setelah menyendeng cikgu semata-mata nak ikut pergi kedai beli bahan :D Dan malam tu juga,kami bermalam kat rumah cikgu.Oh,feel free sangat~ Dapat keluar dari hostel.Penat juga,tidur lewat bangun awal subuh lagi tu.Macam-macam nak kena siapkan.Rebus,goreng,potong buah macam-macam lagi la.




              *posing while working

and the day is begin :D 


                          *rajin tak budak "PP"?

*the only one boy in ours class

dan yang ni pulak untuk bebudak yang bertugas dekat bahagian koperasi a.k.a KOOP

dan time ni jugak aku jumpa budak-budak sekolah lama aku.Huu~Gonnna miss them :'( Next time,jumpa lagi.




Kehidupan sebagai budak KOLEJ :3

Oh,tajuk entri yang -___- haha,annoyed gila! Bajet je.
4/2/2013 aku mula daftar sekolah ni,upps dengan lebih tepatnya KOLEJ VOKASIONAL dekat muadzam shah,pahang je.Aku ambik kos “pengurusan perniagaan” kat sini ada 2 kos je satu lagi “teknologi pembinaan” hmm,aku pilih pengurusan perniagaan sebab tak pernah terlintas dalam kepala otak aku nak jadi kontraktor or whatelse yang berkaitan dengan “pembinaan” tapi,macam tu jugak dengan pengurusan perniagaan,ENTAH aku pun pelik! Tapi better aku ambik PP kot,tu je yang sesuai dengan jiwa aku.

*see my TAG? I’m being a COLLEGERS-ians

Tak sabar rasa dan berdebar rasanya,siapa classmate aku?kat sini aku tak kenal sesape pon,hmm adat perpindahan lah kan,lagipun ni bukan kali pertama aku pindah sekolah,dah 3 kali dah.Dalam kos “pengurusan perniagaan” ni,ade 6 subjek teras (bm,bi,sc,mt,sej,pai)dan 4 subjek vokasional (bpp 101,bpp 102,bpp 103,bpp 104) Apa itu bpp 101?102?103 dan 104? Dalam bpp 101 ni kita akan belajar tentang office automation tentang cara menggunakan peralatan pejabat,pasal email dll,bpp 102 pula tentang courier and despatch tentang cara-cara mengendalikan penghantaran macam tulah,adalah kompentensi-ii dia yang tersendiri.Bpp 103 ialah mail handling and reception duties dan Bpp 104 tentang filling duties. Susah? Entahlah? Susah kot kalau tak concentrate tentang apa yang lecturer ajar dan senang kalau kita concentrate!! (Y) Tu untuk subjek sem-1 :D


XOXO :D


Permohonan anda telah berjaya!

Huu~see the tittle? Akhirnya apa yang aku impikan tercapai juga :D Aku dapat pindah from SMA to KV.Masa dapat surat tu rasa macam WHOA??WHOA?? Mimpi ke?



Haha,Why?why? kenapa aku beria sangat nak pindah?Sebab minat ke? Tak juga :/ Oh,itu rahsia :X Dekat kolej vokasional nanti aku ambik kos PENGURUSAN PERNIAGAAN,actually teknologi pembinaan at the first,lepas tu mintak tukar dan BOLEH! Fuh,nasib!!4/2 ni baru boleh daftar,tak sabar rasa :D #WishMeLuck 

First !

First? Sebenarnya ini bukanlah entri pertama,ya memang entri ni entri pertama kat dalam blog aku :D *pening* tapi entri yang sebelum ni telah aku delete. Sebab ianya sangat annoyed! macam bebudak je,*memang pun tapi tu DULU* So,aku nak buka buku baru and start it back!


Bila difikirkan balik,macam mengarut je bila aku buat B.L.O.G ni,kenapa? aku cuma rasa macam ergghh? Entah lah,ada ke orang nak baca blog aku ni? Whatever lah,yang pasti aku akan gunakan blog ni untuk luahkan apa yang aku rasa dalam life aku,dan semua moments-ii yang terjadi suka,duka yang aku lalui, kau kena tahu memori aku ni 1GB je,pelupa orangnya  :D                                                                      ~~~The End~~~