Dear haters,

Haters, ada apa dengan haters?

“Haters only hate things they can’t have and the people they can’t be” 



     Pernah tak rasa dibenci ? Dimaki? Diumpat? Huaahuaa, mestilah pernah kan? Itulah yang aku atau kitaorang rasa sekarang, sakit woo. Dibenci tanpa punca, oh no. Aku dibenci tanpa tahu apa salah aku. Erghh, u know that feeling?  Mental habis, bila fikir pasal haters ni. Apa benda yang tak puas hati tu tak tahu lah.  Pasal meja makan dalam dewan makan pun nak masam muka, 3 kali weh aku kena! First, kena dengan “segerombolan” hamba Allah ni. Sanggup berdiri belakang kitaorang, tengok kitaorang makan dengan muka yang macam, uhh. *WardenPenjara mungkin. Second, masa tu baru lepas beratur ambik makanan. Meja yang kitaorang selalu makan kat situ penuh, duduk lah tempat KOSONG. Baru nak suap, ada suara sumbang mambang kata “Aku, benci betullah bila ada orang duduk tempat aku”. -..-“ Dengar je, terus takde selera. Patah. Hancur remuk hati. *Nak nangis sebenarnya, dah lah lapar. Yang ketiga, pun lebih kurang. Kata “serabutlah” apalah. Macam-macam.

     Dan ada satu hari tu tengah berjalan nak ke makmal kot. Nampak lah “akak” (nama samaran utk diaorang). Menyampah rasa nak lalu dan tengok muka diaorang. Cantik tu cantik, tapi kalau luaran je cantik. Dalaman busuk, berkulat, bernanah, berkudis tak guna jugak kan. Kalau boleh aku sanggup nak tawaf satu sekolah dari tengok muka diaorang. Biar tak terserempak. Senang. Hati pun tenang.   Hmm, nak dijadikan cerita kitaorang pun lalu lah. Masa tu ramai orang. Kitaorang lalu lah tengah diantara akak dan manusia yang tengah berkerumun tu. Dan kau tahu apa dia buat? Dia jerit emm tak bukan jerit. Cuma bercakap dengan nada yang kuat macam bercakap dengan orang pekak. Dia kata “Haaa, ni lah set set tak guna tu”. Siap tunjuk derrr, masa tu aku dengan kawan aku 2 orang je nampak dan dengar. Apalagi menyalak ahh, dia (kawan aku). Aku cumaa melepas kan geram sesama gang je. Tak berani nak menyalak. Belakang berani lah. Aku champion. Lololololl. Rasa nya semua yang tak kenal aku akan kata aku ni pendiam dan sombong mayb. Tapi realiti, hanya Allah&mereka jaa yang tahu. Hahaha. *Senyum jahat

     Kekadang tu tak faham dengan manusia-manusia macam ni. Manusia yang tak pernah nak berfikiran matang walaupun umur dah meningkat. Cuma tinggi je tak meningkat. Wakakaka! Hmm, tahun depan tak tahulah jadi apa pulak. Dapat pulak tinggal satu kolej. Hambekk kau. Migrain botingkek-tingkek ah :X Harap-harap tahun depan baik-baik je. Kau kena tahu satu hal yang kitaorang ni dah lama bersabar, luka yang kecil pun boleh jadi nanah, jangan sampai jadi barah sudah. Macam tu lah jugak kitaorang. Respect each other kan senang, tak payah nak bajet taiko & hardcore sangat. Kita manusia ni semuanya sama je. Kau kena ingat “setinggi mana pun kita dekat mata manusia, kita tetap kerdil disisi Allah. Jangan pernah bersikap riak kerana hamba Allah semuanya sama”.

P/s : “Life is too short, to waste time hating anyone”.